Monday, June 1, 2015

Isu Terkini : Kerja Sekolah

Assalamualaikum..memandangkan abad 21 ini zaman serba serbi IT, rata-rata menggunakan media sosial sebagai perantara untuk menyampaikan maklumat..almaklumlah, medium ini lebih mudah,pantas dan user friendly..bayangkan zaman dulu, kebanyakan memilih untuk membuat interaksi mata ke mata..tapi sekarang, istilah mata ke mata sudah beralih kepada mata dan monitor..hehe..memandangkan cuti yang masih berbaki 2 minggu, ada segelintir guru masih bertarung dalam melengkapkan aspirasi sekolah untuk mengadakan kelas intensif bagi membolehkan anak-anak murid cemerlang terutama tahap 6 yang bakal menghadapi peperiksaan awam UPSR..syabas pada guru-guru yang sanggup berkorban masa rehat dan senggang bersama keluarga demi anak bangsa.


sumber : facebook


Kebetulan hari ini saya mengulang rutin, seperti biasa, bersandar pada kerusi malas dan menghadap PC untuk mengetahui isu terbaru yang boleh dijadikan bahan untuk saya canangkan di sini..isu yang nampak remeh tapi ada benar juga...selalu juga saya bertanya adakah patut atau tidak memberi kerja rumah tambahan kepada murid semasa cuti? pada zaman sekolah dulu, guru-guru saya lebih menumpukan pada perhatian di dalam kelas dan kerja sekolah hanyalah sebagai ulangkaji serta pengukuhan dalam memastikan sesuatu topik dapat dikuasai dengan baik..kerja sekolah juga kalau diikutkan tidaklah dalam kuantiti yang banyak kerana murid-murid juga perlu beriadah..kita sendiri sedia maklum, bagi sesi sekolah rendah, murid-murid minimum mengambil 5 subjek teras dan mungkin mengambil 2 lagi subjek tambahan..jika nisbah kerja yang diperuntukkan bagi setiap subjek adalah dalam kuantiti yang banyak, adakah keberhasilan murid dalam memahami sesuatu topik dalam sesuatu subjek dapat dikuasai dengan baik? bercerita tentang masa sekolah dulu, saya mempunyai banyak masa untuk beriadah dan pastinya masa bersama keluarga lebih optimum tanpa dibebani dengan kerja yang banyak

Alhamdulillah, mungkin method dahulu patut diterapkan semula bagi memberi keringanan buat murid-murid untuk beriadah dan mengurangkan stress..pendapat saya, saya setuju dengan pandangan screenshot di atas..jangan disalah erti istilah kerja sekolah adalah latihan bertulis semata, sebaliknya para ibu bapa perlu tahu kanak-kanak memerlukan method lain juga untuk proses belajar..mungkin ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat tempat-tempat menarik dan ilmiah, membawa anak bersukan dan beriadah bersama dan boleh juga menjalankan aktiviti indoor jika berkelapangan..ibu bapa saya sendiri amalkan pada saya sehingga saya membesar dalam norma sebagai kanak-kanak yang membesar dalam environment yang hampir sempurna..jadi, tepuk dada tanya hati

P/s : apa pandangan guru-guru, ibu bapa dan pembaca di luar sana?

Pengenalan Blog Bebelcikgu

sumber : www.google.com

Assalamualaikum..blog ini dibangunkan untuk menghimpunkan maklumat, diskusi mahupun forum dan segala yang berkaitan dengan dunia pendidikan khususnya pada peringkat sekolah rendah..saya menjadikan platform blog sebagai wadah dalam mengembangkan agenda dalam penyebaran maklumat secara maya..zaman sekarang semuanya dihujung jari..jadi, sebagai guru novis yang baru menapak dalam dunia realiti, banyak perkara saya perlu belajar dan sesuaikan diri mengikut environment persekolahan...menyimpan hasrat untuk terus membangun dalam membina karier positif, saya berharap blog ini secara tidak langsung menjadi medan buat para guru berkongsi idea serta inovasi, memberi idea dan dialukan memberi maklum balas sekiranya sesuatu isu dibahaskan dalam norma yag berhemah..InsyaAllah saya akan mula update blog ini dari sehari ke sehari dan lenggok bahasa akan lebih santai..segala teguran amatlah dialu alukan bagi meneruskan penambahbaikan secara berterusan